Like us for get Notifications

Kawasaki ER6 Rempuh Honda C70 Suami Isteri dan Warga Emas Maut - AL FATIHAH

Sungai Petani: Sepasang suami isteri dan seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 43, Jalan Sungai Petani-Gurun, berhampiran Sungai Tok Pawang, Bedong, dekat sini, petang tadi.
Kemalangan berlaku kira-kira 6.30 petang ketika Dzolkepli Ahmad, 59, dan isteri, Fauziah Abd Aziz, 59, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ER6, manakala Yahaya Ahmad, 73, menunggang Honda C70 dalam perjalanan dari Gurun menghala Bedong.
Jurucakap polis berkata, setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang warga emas berkenaan dipercayai dirempuh dari belakang oleh motosikal dinaiki pasangan suami isteri terbabit.
Katanya, akibat kejadian itu warga emas terbabit tercampak ke bahu jalan, manakala pasangan suami isteri itu mengelongsor bersama motosikal mereka.
"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
"Mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zuker Md Isa mengesahkan kejadian, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
Kawasaki ER6 Rempuh Honda C70 Suami Isteri dan Warga Emas Maut - AL FATIHAH Kawasaki ER6 Rempuh Honda C70 Suami Isteri dan Warga Emas Maut - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 10:47 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.