Khatam 1 Juzuk Al-Quran Dapat Dua Liter Minyak Percuma


Umat Islam di Indonesia yang khatam satu juzuk al-Quran sempena bulan Ramadan ini akan mendapat hadiah dua liter minyak percuma oleh syarikat pengeluar minyak negara PT Pertamina.
Media tempatan memetik Naib Presiden Komunikasi Korporat Pertamina, Wianda Pusponegoro sebagai berkata program yang bertujuan memeriahkan suasana Ramadan itu adalah sebagai satu daripada aktiviti keagamaan anjuran syarikat berkenaan.
Katanya, program mengkhatam al-Quran itu diadakan di beberapa buah stesen minyak di seluruh negara termasuk di ibu kota Jakarta.
Peserta diwajibkan mendaftar terlebih dahulu di surau stesen minyak setempat dan kemudiannya mengisi data peribadi dalam borang pendaftaran serta jumlah juz al-Quran yang akan dibaca.
“Sesudah membaca satu juz al-Quran, peserta akan diberikan kupon pengisian minyak sebanyak dua liter," katanya.
Beliau berkata, setiap orang hanya boleh menyertai sekali sahaja di sebuah stesen minyak pada hari yang sama.
"Melalui program ini Pertamina mendorong muslimin memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya, salah satunya mengisinya dengan membaca Al Quran," katanya. | BERNAMA
Khatam 1 Juzuk Al-Quran Dapat Dua Liter Minyak Percuma Khatam 1 Juzuk Al-Quran Dapat Dua Liter Minyak Percuma Reviewed by Mad Pikghie on 6:52 PM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.