Like us for get Notifications

Ujian hebat 20 Ramadan Dua Beradik Ditemui Mati Lemas - AL FATIHAH




Pekan: Dua beradik ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam lubang yang dipenuhi air di kawasan pembinaan Dewan Semai Bakti, Chini 5, dekat sini.

Mayat Muhamad Sharul Nizam Malik, 9, dan adiknya, Muhammad Hasni, 6, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam lubang itu kira-kira 200 meter dari rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam (Sabtu).


Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Amran Sidek berkata, kehilangan mangsa disedari bapanya selepas mendapati dua beradik itu tidak pulang ke rumah Jumaat lalu.

"Sepasukan anggota polis dibantu anggota RELA, keluarga mangsa dan penduduk kampung menjalankan gerakan mencari namun gagal menemui mereka," katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.


Beliau berkata, operasi mencari bersambung sebelah pagi Sabtu, dan menemui mayat kedua-duanya dipercayai lemas di dalam lubang itu.

“Mayat meerka sudah dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan polis masih melakukan siasatan lanjut kejadian itu," katanya. - Hm






Ujian hebat 20 Ramadan Dua Beradik Ditemui Mati Lemas - AL FATIHAH Ujian hebat 20 Ramadan Dua Beradik Ditemui Mati Lemas - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 10:58 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.