Like us for get Notifications

Warga Emas Pengsan Diatas Pokok Dan Meninggal -Al Fatihah



Kuala Lipis: Seorang lelaki warga emas yang mengambil upah memetik kelapa pengsan di atas pokok ketika memetik buah kelapa di Kampung Tanjung Besar, di sini, petang tadi, sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Jamaluddin Abdul Rashid, 60, disahkan meninggal dunia ketika dirawat ke Hospital Kuala Lipis, di sini.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang juga penebang pokok kelapa memanjat pokok setinggi kira-kira tujuh meter itu untuk memetik buah kelapa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, ketika memetik, mangsa dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Kejadian itu disedari penduduk kampung dan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Lipis meminta bantuan menurunkan mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, tujuh anggotanya yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa setengah jam untuk membawa mangsa turun menggunakan tangga.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan namun disahkan sudah meninggal dunia.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi, di sini, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut," katanya.-H.Metro

Warga Emas Pengsan Diatas Pokok Dan Meninggal -Al Fatihah Warga Emas Pengsan Diatas Pokok Dan Meninggal -Al Fatihah Reviewed by Mad Pikghie on 8:24 AM Rating: 5
Powered by Blogger.