Like us for get Notifications

Adik Muhammad Rushaidi Rizky Meninggal Dunia - AL FATIHAH



Sungai Petani: Bayi Muhammad Rushaidi Rizky Amdin, 11 bulan, yang sebelum ini kritikal akibat difteria bersama tujuh abang dan kakaknya meninggal dunia di sini, hari ini.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, di sini,kira-kira 3 pagi tadi.

Muhamad Rushaidi sebelum ini kritikal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar selepas dimasukkan pada 22 Jun lalu.

Ibunya Zalifah Hussain, 40, berkata, dia menyedari arwah mengalami kesukaran bernafas ketika mahu memberi susu kira-kira 2 pagi.

Katanya, dia kemudian bergegas meminta anaknya Muhamad Yusri, 21, membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, Muhamad Rushaidi disahkan sudah meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya," katanya.

Sebelum ini, sebuah keluarga dari Flet Paya Nahu, di sini, disahkan dijangkiti difteria dengan seorang daripadanya, Muhammad Haris Haikal, 2, yang juga abang kepada Muhammad Rushaidi, meninggal dunia - hmo
Adik Muhammad Rushaidi Rizky Meninggal Dunia - AL FATIHAH Adik Muhammad Rushaidi Rizky Meninggal Dunia - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 1:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.