Like us for get Notifications

Datuk Red Sahkan Adira Sedang Hamil



DATUK Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang sedang mencetus sensasi Internet susulan tersebarnya video beliau memegang erat pinggang pelakon Ruhainies ketika keluar bersama, mengesahkan isteri keduanya, Adira sedang hamil cahaya mata sulung mereka.



“Adira membuat ujian kehamilan di rumah menggunakan pregnancy test dan ia menunjukkan keputusan positif, mengesahkan dia hamil. 


 

Datuk Red dan Adira

“Tetapi saya belum bawa Adira berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Datuk Red kantoi bermesra bersama Ruhainies di sebuah pusat beli belah di ibu kota dan mengakui mempunyai perasaan terhadap pelakon tersebut serta bersedia untuk berkahwin sekali lagi.

Walau bagaimanapun, selepas itu Ruhainies tampil mengeluarkan kenyataan mendakwa dirinya diperangkap Datuk Red apabila rakaman itu tersebar dan menafikan dirinya mempunyai hubungan dengannya. -MYNEWSHUB.CC
Datuk Red Sahkan Adira Sedang Hamil Datuk Red Sahkan Adira Sedang Hamil Reviewed by Tular Lagi on 3:10 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.