Like us for get Notifications

Elak Kesesakan Lalu-lintas Menjelang Aidilfitri Menteri Cadang Tol Percuma



JAKARTA - INDONESIA. Menteri Perhubungan Republik Indonesia (Menhub) Ignasius Jonan menyarankan, pihak konsesi lebuh raya memberi perkhidmatan tol percuma kepada para pengguna jalan raya bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas teruk bersempena Aidilfitri.
"Ya kalau nanti sudah macet (sesak) sekali sebaiknya digratiskan (dipercumakan) sahaja," katanya memetik laporan Beritasatu.
Menurutnya, salah satu penyebab kesesakan di pintu tol kerana sehingga ke saat ini pembayaran tol masih menggunakan wang tunai.
"Kalau tolnya masih bayar tunai pasti akan macet," katanya.
Dalam pada itu, bagi mengelak berlakunya kesesakkan bersempena dengan kepulangan pengguna jalan raya selepas lebaran, Jonan menyarankan agar beberapa pintu tol dipantau antaranya  pintu tol Pasteur, Bandung, pintu tol Cikarang Utama (tol Cikarang-Cikampek), pintu tol Karang Tengah (tol Merak), pintu Tol Cimanggis (tol Jagorawi).
Beliau juga meminta Badan Pengelola Jalan Tol (BPJT) dan operator tol untuk bekerja keras dalam mengurangkan kesesakan di pintu jalan tol, termasuk di pintu tol Brebes Timur.
Terdahulu, sebelum ini, jutaan pengguna jalan raya harus beratur berjam-jam lamanya sepanjang puluhan kilometer di pintu keluar tol Brebes atau dikenali dengan istilah Brexit atau Brebes Exit hanya untuk keluar membayar tol - Sinar Harian Online
Elak Kesesakan Lalu-lintas Menjelang Aidilfitri Menteri Cadang Tol Percuma Elak Kesesakan  Lalu-lintas Menjelang Aidilfitri Menteri Cadang Tol Percuma Reviewed by Tular Lagi on 8:45 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.