Like us for get Notifications

Punca Sebenar Lelaki Kena Tetak Di Jalan Kemaman ke Besut Kelmarin



Kuala Terengganu: Hanya kerana membunyikan hon kereta, seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila ditetak dengan parang oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Buloh Gading, di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 42 tahun yang memandu Honda City terkandas dalam kesibukan jalan raya beraya dari Kemaman ke Besut jam 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Ab Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama isteri, 41, dan dua anak dikatakan dalam perjalanan dari Kemaman ke Besut.
Katanya, sebaik kereta dinaiki empat beranak berkenaan tiba di Kampung Buloh Gading, sebuah Perodua Kancil dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba mencelah di hadapan kenderaan mangsa menyebabkan mangsa yang tidak selesa dengan tindakan pemandu kancil berkenaan kemudian membunyikan hon.
Bagaimanapun katanya, tindakan mangsa membunyikan hon menimbulkan rasa tidak puas hati pemandu Perodua Kancil terbabit yang kemudian keluar daripada keretanya menuju ke kenderaan mangsa sambil memegang sebilah parang panjang.
"Apabila melihat lelaki terbabit menuju ke keretanya, mangsa turut keluar dari kereta dan berlaku pergelutan antara mereka.
"Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menghampiri untuk membantu mangsa yang mengalami kecederaan si lengan kiri dan kepala akibat ditetak lelaki terbabit
"Melihat kehadiran orang ramai, suspek kemudian melarikan diri ke keretanya sebelum memecut laju menghala ke arah pekan Batu Enam," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ambulans yang tiba selepas dihubungi orang ramai.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana usaha mengesan suspek terbabit sedang dijalankan.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada telefon bimbit suspek yang ditemui di tempat kejadian, kita percaya suspek berjaya ditahan dalam masa terdekat," katanya.
Punca Sebenar Lelaki Kena Tetak Di Jalan Kemaman ke Besut Kelmarin Punca Sebenar Lelaki Kena Tetak Di Jalan Kemaman  ke Besut Kelmarin Reviewed by Tular Lagi on 8:13 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.