Like us for get Notifications

(Video Inside) Peragut Maut Dilanggar,Digilis Kereta Mangsa Ragut Yang Hilang Kawalan



GEORGETOWN - Tindakan seorang lelaki bermotosikal meragut beg sandang mangsanya mengundang maut apabila suspek dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh mangsa. 

Sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari pulang dari tempat kerja, jam 2.30 pagi kelmarin. Namun, ketika berhenti di Lebuh Farquhar, suspek berusia 42 tahun, menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dan membuka pintu kereta serta melarikan beg sandang mangsa. 


Mangsa cuba mengejar suspek sejauh satu kilometer tetapi kereta Proton Persona yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dan menggilis suspek. 

Akibatnya, suspek cedera parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan maut serta merta di tempat kejadian. 



Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut. 

Mayat lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. - PIXEL MEDIA
(Video Inside) Peragut Maut Dilanggar,Digilis Kereta Mangsa Ragut Yang Hilang Kawalan (Video Inside) Peragut Maut Dilanggar,Digilis  Kereta Mangsa Ragut Yang Hilang Kawalan Reviewed by Tular Lagi on 2:13 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.