Like us for get Notifications

Al Fatihah...Caca Akhirnya Kembali Ke Pangkuan ILahi



Pesakit lebihan cecair di kepala, Nur Aisyah Abdullah, 6, meninggal dunia akibat penyakit berkenaan di rumah mereka di Semenyih, kira-kira 4 petang tadi.

Ibunya, Nasnawati Aswi, 34, berkata, anak sulungnya yang mesra dipanggil Caca itu menghembuskan nafas terakhir di sisinya selepas menderita penyakit itu sejak kecil.

"Walaupun belum puas membelainya, namun saya reda kerana Caca sudah menanggung kesakitan dalam tempoh lama.

"Caca pergi dalam keadaan tenang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Semenyih jam 4 petang tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan gambar Caca dalam keadaan kurus kering tersebar di Facebook hingga menimbulkan simpati ramai pihak hingga ada beranggapan kanak-kanak itu didera dan diabaikan ibunya.

Bagaimanapun, pakar pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Rozita Abd Rashid mengesahkan keadaan Caca sangat tenat dan tiada unsur penderaan tetapi dia menderita kekurangan zat makanan yang kronik hingga menyebabkan berat badannya 10 kilogram saja.

HMO

Al Fatihah...Caca Akhirnya Kembali Ke Pangkuan ILahi Al Fatihah...Caca Akhirnya Kembali Ke Pangkuan ILahi Reviewed by Tular Lagi on 7:53 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.