Akhirnya Azmi Hata Dedah Sikap Sebenar Elly Mazlein Yang Menjadi Punca Penceraian
KUALA LUMPUR - Setelah lama mendiamkan diri dengan
pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isteri, pengarah drama,
Azmi Hatta, tampil mendedahkan punca sebenar penceraian dia dengan Elly
Mazlein, lapor mStar.
Azmi berkata, sikap cemburu bekas isterinya yang
melampau batas itu membuatkan dia berubah hati sehingga dia membuat
keputusan untuk berpisah.
"Dia (Elly) seorang yang terlalu kuat cemburu. Awal
hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia
menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.
"Hampir semua projek drama yang saya arahkan, menjadi
isu pertengkaran kami. Selagi ada watak perempuan lebih cantik dan
seksi, pasti saya akan dituduhnya curang.
"Sehingga sampai satu tahap, dia menyerang saya di
lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi
pelakon utama," katanya dalam sidang media khas bagi menjelaskan
beberapa isu berbangkit mengenai perceraiannya itu.
Dalam sidang media itu, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.
Jelas Azmi, pertengkaran demi pertengkaran berlaku
sehinggalah pelakon itu melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan
kekerasan terhadapnya dalam tempoh mereka berkahwin.
"Kami tidak berhenti bertengkar, dia melemparkan
kata-kata kesat walaupun saya sudah bersumpah dengan nama Allah terhadap
sesuatu perkara. Baju saya ditarik sehingga koyak selain ditumbuk dan
dipukul. Malah saya disepak terajang dalam kereta ketika dia datang
menyerang saya di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.
"Bapa Elly sendiri yang mencadangkan kami berpisah dan
Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu,
Elly pantas mengambil pakaian saya lalu diletakkan di luar pintu rumah,"
katanya dan sejak dari itu dia jarang berhubung dengan peserta Gegar
Vaganza 3 berkenaan.
Azmi juga berharap, Elly berubah dan tidak lagi
melakukan sebarang provokasi atau menyindirnya sehingga menimbulkan rasa
kurang senangnya ketika melawat anak perempuannya yang kini dibawah
jagaan Elly.
Bahkan, Azmi mahu berdamai dengan Elly dan menegaskan bahawa Faye Kusairi bukan punca perpisahan mereka.
Terdahulu, Elly mengeluarkan kenyataan bahawa beliau
telah memaafkan bekas suami dan Faye Kusairi. Malah, dia mahu melupakan
peristiwa lalu dan mencari hidup baru.
Azmi dan Elly berkahwin pada November 2014 dan berpisah pada Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan. - The Reporter
Akhirnya Azmi Hata Dedah Sikap Sebenar Elly Mazlein Yang Menjadi Punca Penceraian
Reviewed by Tular Lagi
on
7:39 PM
Rating:
No comments: