Like us for get Notifications

Bidang Seni Sememangnya Lubuk Wang , Jom Lihat 10 Pelakon Termahal


Bidang seni sememangnya lubuk wang - bergantung kepada jumlah tawaran lakonan dalam setahun serta pencapaian filem yang dibintangi di panggung.

Ramai bintang terutama Hollywood, Bollywood dan China sudah mencapai status jutawan berikutan populariti mereka dalam industri sinema.

Menyentuh mengenai pendapatan mereka, Forbes tampil menyenaraikan pelakon lelaki dan wanita yang menerima bayaran paling tinggi di dunia ketika ini.

Menurut laporan Forbes, artis lelaki dengan bayaran tertinggi tidak lain daripada Dwayne Johnson (The Rock) diikuti bintang Hong Kong, Jackie Chan, Matt Damon, Tom Cruise dan Johnny Depp.

Bagi senarai wanita pula, Jennifer Lawrence kembali dengan pendapatan paling lumayan buat tahun kedua, diikuti Melissa McCarthy, Scarlett Johansson, Jennifer Aniston dan Fan Bingbing.

Berikut adalah lima pelakon lelaki dan wanita dengan bayaran termahal ketika ini.

Dwayne Johnson (RM269.85 juta)

Bintang siri Fast and Furious ini menewaskan Robert Downey Jr yang tahun lalu menduduki senarai pertama selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah itu didapati berganda dua kali sejak tahun lalu dan hasil kekayaan Johnson datang daripada filem seperti Central Intelligence, Fast 8 serta Baywatch. Ahli gusti yang dikenali sebagai The Rock ini juga gah menerusi San Andreas.

Jackie Chan (RM257.2 juta)

Chan bukan saja popular tetapi dia juga berjaya melakar nama dalam industri seni Hollywood. Pada usia 62 tahun, bintang dan produser tersohor Hong Kong ini terus popular di Barat berbanding aktor China lain. Dia juga dikhabarkan mempunyai aset yang banyak di Hollywood, Hong Kong dan Singapura.

Tom Cruise (RM233.47 juta)

Pelakon kacak ini dilaporkan menerima bayaran lumayan bagi lakonannya dalam filem Mission Impossible: Rogue Nation yang mengutip jualan box-offce sehingga mencecah RM11.81 bilion. Dia juga tambah kaya kerana menerima bayaran pendahuluan bagi sekuel Jack Reacher dan filem Mena. Pada usia 53 tahun, Cruise masih mampu melakonkan aksi lasak sendiri.

Matt Damon (RM231.9 juta)

Kejayaan filem sci-fi, The Martian bukan saja melonjakkan pendapatan Damon tetapi turut melayakkan dia menjulang trofi Pelakon Terbaik dalam Anugerah Oscar. Poket pelakon ini terus tebal lagi dengan kembalinya dia sebagai Jason Bourne dan The Great Wall.

Johnny Depp (RM202.39 juta)

Pada Mei lalu, pelakon handalan ini ditahan atas pertuduhan mendera bekas isteri, Amber Heard. Susulan itu, pasangan terbabit bercerai dan pada Ogos lalu Depp diarahkan membayar Heard sebanyak RM29.52 juta. Bagaimanapun, jumlah itu masih tidak menjejaskan pendapatannya yang menduduki paras kelima sebagai aktor termahal tahun ini. Malah, dia turut menerima bayaran mencecah lapan angka untuk siri terbaru Pirates of the Caribbean dan Alice Through the Looking Glass.

Jennifer Lawrence (RM193.96 juta)

Nama bintang ini mula mencuri tumpuan peminat di seluruh dunia menerusi The Hunger Games. Pada usia 26 tahun, dia berjaya mempertahankan kedudukan teratas buat dua tahun berturut-turut. Sebahagian besar pendapatan Lawrence diperoleh daripada The Hunger Games dan Passengers.

Melissa McCarthy (RM139.14 juta)

Kekayaan McCarthy dilaporkan semakin bertambah setiap tahun. Pada 2015 sahaja, bayaran diterimanya bertambah RM42.16 juta hasil lakonannya dalam filem Ghostbusters. Dapatkah dia mempertahankan kedudukan itu tahun depan?

Scarlett Johansson (RM105.41 juta)

Pelakon jelita ini dilaporkan memperoleh wang berjumlah RM73.79 juta hasil daripada melakonkan watak kontroversinya dalam filem Ghost in the Shell. Namun filem itu menerima kritikan hebat kerana kandungan komik Jepun khabarnya sudah diubah. Sebahagian lain pendapatan Johansson adalah daripada kolaborasinya dengan jenama mewah Dolce & Gabbana.

Jennifer Aniston (RM88.55 juta)

Aniston berjaya membuktikan pelakon wanita mampu bertahan lama dalam industri dengan bayaran lumayan setiap tahun menerusi pengiklanan dan duta produk. Sebahagian besar pendapatan aktres berusia 47 tahun ini adalah menerusi iklan penerbangan Emirates, Smartwater, Aveeno dan Living Proof.

Fan Bingbing (RM71.68 juta)

Ini tahun kedua aktres Fan Bingbing berada dalam senarai carta termahal, sekali gus menjadi satu-satunya pelakon wanita berbangsa China terkaya di dunia. Pelakon dan produser dari China ini memperoleh bayaran mahal daripada lakonannya dalam filem Skiptrace dan Lady of the Dynasty. Pernah beraksi dalam filem X-Men: Days of Future Past, Fan juga adalah duta produk Chopard dan L’Oreal.
sumber: hmetro.com.my
Bidang Seni Sememangnya Lubuk Wang , Jom Lihat 10 Pelakon Termahal Bidang Seni Sememangnya Lubuk Wang , Jom Lihat 10 Pelakon Termahal Reviewed by Tular Lagi on 9:16 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.