Jutawan Kosmetik Popular Didakwa Tdak Membayar Gst Hampir RM4 Juta
JUTAWAN kosmetik yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida hari ini didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh kerana kegagalan mengemukakan penyata seta gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Memetik Malay Mail Online (MMO), Vida akan didakwa di atas tiga kesalahan berkaitan bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 yang melibatkan jumlah hampir RM4 juta.
Menurut posting terbaharu di Instagram miliknya, Vida memuat naik video berdoa dalam kereta menuju ke mahkamah beserta kapsyen berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusannya hari ini.
Jutawan Kosmetik Popular Didakwa Tdak Membayar Gst Hampir RM4 Juta
Reviewed by Tular Lagi
on
1:59 PM
Rating:
No comments: