Baru Tunang , 'Dia Tiba-Tiba Tumbuk Saya'
DAMANSARA - Seorang wanita cedera teruk di bahagian mata akibat ditumbuk
dan dipukul oleh tunangnya, buat laporan polis Isnin lalu.
Dalam kejadian pada jam 12.25 pagi itu, mangsa, Natasha Shareena Hairil
Anjar, 23, difahamkan sedang berbincang dengan tunangnya, Mohd Zulhairi,
di hadapan rumah.
Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham diantara mereka berdua dan
secara tiba-tiba mangsa ditumbuk di muka dan beberapa bahagian badannya
yang lain.
"Berlaku sedikit perselisihan faham yang menyebabkan tunang saya secara
tiba-tiba terus menumbuk mata sebelah kanan, di bahagian bahu kiri,
bahagian bibir dan paha kaki kiri.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu," katanya dalam
laporan polis yang dibuat pada hari yang sama, jam 6.24 petang.
Mangsa lebam di bahagian mata dan bibirnya pecah akibat ditumbuk lelaki berkenaan.
Mangsa kemudian dibawa oleh tunangnya ke Hospital Ampang Puteri dan
doktor mengesahkan tulang di bawah mata mangsa patah dan ada pendarahan
dalam mata.
Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
Mangsa dengan tunangnya |
Abang mangsa mohon netizen viralkan |
Abang mangsa, Boy Haru (bukan nama sebenar), kini sedang giat mengesan tunang adiknya itu.
Mohd Zulhairi telah menghilangkan diri selepas kejadian |
Baru Tunang , 'Dia Tiba-Tiba Tumbuk Saya'
Reviewed by Tular Lagi
on
11:04 PM
Rating:
No comments: