Like us for get Notifications

'Dah Tahu Gaji Suami RM800-RM1,000, Janganlah Beranak Banyak Sehingga Menyusahkan Diri' - Syazwani


GEORGETOWN - "Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak," demikian teguran dari seorang wanita bernama Syazwani Sharan di laman Facebooknya. 

Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, memuat naik 'pandangannya' itu di laman Facebook semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang majoriti tidak bersetuju dengan pandangannya yang dianggap tidak masuk akal berbanding jumlah netizen yang menyokongnya. 

"Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan.

"Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. JAdilah bijak dalam merancang anak. Kita ambil kiraan simple sajalah:
  1. Rumah: RM400
  2. Transport: RM200 (Mungkin motosikal sahaja)
  3. Bil air dan elektrik: RM200
  4. Jumlah keseluruhan: RM800
  5. Baki gaji: RM200

"Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk. Sebab baki pun baru RM200 untuk makan. Amat membebankan untuk orang bergaji RM1,000 berkongsi makan untuk tujuh orang," katanya. TheReporter
'Dah Tahu Gaji Suami RM800-RM1,000, Janganlah Beranak Banyak Sehingga Menyusahkan Diri' - Syazwani 'Dah Tahu Gaji Suami RM800-RM1,000, Janganlah Beranak Banyak Sehingga Menyusahkan Diri' - Syazwani Reviewed by Mad Pikghie on 4:49 PM Rating: 5
Powered by Blogger.