Isteri Asyik Dengan Facebook dan WhatsApp ,Suami Balik Kerja Tahi Anak Masih Melekat Pada Pampers..
Kecanggihan teknologi sepatutnya digunakan dengan cara yang berhemah dan
bijak, namun tidak bagi isteri seorang lelaki ini yang siang malam
sibuk memanjang melayan Facebook dan group WhatsApp.
Pada awalnya dia masih mampu bersabar dan bertahan lagi dengan sikap
isterinya. Namun, bila anak mula terabai, dapur tak berasap, si suami
terpaksa melakukan semua kerja di rumah.
Sudah diberikan nasihat, malangnya masuk telinga kiri keluar telinga
kanan. Jadi, usah hairan jika suami mula mencari yang lain.
Oleh Suami Kecewa
Apa pendapat warga KRT sekalian. Isteri saya asyik melayani Facebook dan
group WhatsApp. Kadang-kadang anak berak, lapar, jatuh dia tak
pedulikan. Saya dah puas menasihatkannya tetapi tak dengar cakap.
Dia duduk di rumah saja, tak kerja. Bila saya balik rumah, tahi anak
masih melekat di pampers. Bila saya tanya kenapa tak basuh, katanya anak
baru berak. Bila saya basuh, punggung anak dah merah sebab dah lama
sangat tak dibasuh.
Hari-hari isteri masak nasi dengan telur goreng. Padahal dalam peti ais
penuh dengan barang-barang masakan yang lain. Kadang-kadang sayur jadi
rosak sebab tak dimasak.
Pernah sekali saya masak sebab sudah tidak tahan dengan perangai isteri.
Saya buat semua kerja, ingatkan dia akan berubah tetapi malangnya
tidak. Isteri menjadi semakin malas.
Oleh kerana seminggu lagi saya outstation, saya bercadang nak tinggalkan
anak di rumah mak saya sebab bila saya tiada, isteri bertambah lebih
suka. Dia menjadi bebas untuk melakukan apa-apa yang dia suka.
Mohon warga KRT doakan saya semoga cepat-cepat berjumpa jodoh dengan
isteri kedua yang baik, tak nak pemalas dan kuat melawan seperti yang
sedia ada ini.
Saya bukan tidak mahu membantunya buat kerja tetapi dia sudah melampau. Semakin dinasihat, semakin menjadi-jadi. - Kisah Rumah Tangga | The Reporter
Isteri Asyik Dengan Facebook dan WhatsApp ,Suami Balik Kerja Tahi Anak Masih Melekat Pada Pampers..
Reviewed by Tular Lagi
on
8:01 PM
Rating:
No comments: