Like us for get Notifications

Lihat Tindakan Wanita 27 Tahun Ini Kepada Bayinya Kerana Tidak Mahu Terlepas Penerbangan Kejam!


Tandas yang menemukan seorang bayi baru lahir selepas dibuang ibunya kerana tidak mahu terlepas penerbangan sambungan. Foto CEN/Krone

AUSTRIA - Seorang ibu warga Nigeria ditahan selepas didakwa membuang anak yang baru lahir dalam tong di tandas lapangan terbang, dengan alasan kerana tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Bayi itu ditemui di dalam beg plastik oleh seorang pencuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna.

Bagaimanapun, bayi tersebut meninggal dunia kemudian di hospital pada awal pagi Khamis lalu.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek merupakan wanita berusia 27 tahun sebagai ibu kepada bayi berkenaan. 

Menurut laporan media tempatan, suspek menaiki penerbangan dari Minsk, Belarus ke Washington DC, dan memberi keterangan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Seorang jurucakap polis berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang menunggu sebelum dibawa ke hospital.

Wanita berkenaan dilaporkan mendakwa dia beranggapan anaknya mati selepas dilahirkan.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberitahu kematian bayi itu akibat kekurangan oksigen. - Mail Online
Lihat Tindakan Wanita 27 Tahun Ini Kepada Bayinya Kerana Tidak Mahu Terlepas Penerbangan Kejam! Lihat Tindakan Wanita 27 Tahun Ini  Kepada Bayinya Kerana Tidak Mahu Terlepas Penerbangan Kejam! Reviewed by Tular Lagi on 10:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.