Like us for get Notifications

Lelaki Berang Restoran Mamak Caj Neslo Ais Bungkus RM 3 , Tapi Dekat Board Harga RM 2.50




Kuantan : Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah kedai makanan dan minuman (Kedai Mamak) beliau mendakwa casher di kedai itu cuba menipu rakannya ,sila baca luahan tidak puas hati beliau dibawah

Tadi pergi makan kat satu restoran mamak di bukit sekilau. Terjadi dekat kwn saya time nak bayar. Saya tak ada kt tempat kejadian sbb lepas habis makan terus bayar dan terus pergi dekat kereta. Tinggallah kawan sy kt situ tunggu neslo ais bungkus dia. 5minit lepas tu dia masuk kereta mrh mrh psl penjaga counter tu. Ini ceritanya :

Time nak bayar, pekerja yang jaga counter caj RM3 untuk neslo ais bungkus, sedangkan dekat board harga neslo ais RM2.50. Bila tanya kenapa harga lain, dia paksa juga bayar dan suruh kwn saya bayar cepat. Kawan sy tu dh start cakap kuat kuat kenapa harga lain, dan ada dua tiga org pelanggan yang tgh beratur nak byr pun dengar skali apa yg berlaku. Lepas itu, dia buka buku menu dan dia cakap air 2.70 sebab bungkus caj 20sen. Malas ckp byk kwn sy trus byr 2.70 dan sempat ugut mamak tu nak report dkt bos dia psl kes ni. 

Bukan nak berkira 50sen, tapi korang bayangkan kalau dekat semua org dia ambil kesempatan mcmtu. Restoran tu tiap tiap malam orang ramai makan dan lepak dekat situ. Takpasti sama ada pekerja atau bos restoran tu sendiri nak kaut keuntungan mcm tu. -  Mohd Faris | beritapantas92
Lelaki Berang Restoran Mamak Caj Neslo Ais Bungkus RM 3 , Tapi Dekat Board Harga RM 2.50 Lelaki Berang Restoran Mamak Caj Neslo Ais Bungkus RM 3 , Tapi Dekat Board Harga RM 2.50 Reviewed by Tular Lagi on 12:42 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.