Akhirnya Saiful Buhari Azlan Mengaku
KUALA LUMPUR - Memulakan fasa baharu kehidupannya, bekas pembantu Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan, 30, kini ligat menguruskan
perniagaan bersama isterinya.
Saiful berkata, beliau kini menjalankan perniagaan di bawah jenama Nang Suraya yang menawarkan produk songket fesyen moden dan tradisional.
Ujarnya lagi, selain perniagaannya turut menyediakan perkhidmatan rundingan media memandangkan isterinya Nik Suryani Megat Deraman sebelum ini seorang yang berpengalaman dalam bidang media.
"Buat masa ini saya tidak akan terlibat dalam politik. Saya fokus kepada mencari rezeki. Bila masuk politik tak boleh buat duit," katanya kepada Sinar Harian di tapak gerai perniagaannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dalam pada itu, bercakap tentang isu perjuangan sesetengah pihak mengenai pembebasan bekas bosnya Anwar, Saiful berkata, beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan membuat apa yang patut.
"Bagi saya itu hak masing-masing dan saya telah menjalankan tanggungjawab...saya membuat laporan yang sepatutnya.
"Selain daripada itu masing-masing punya pendirian. Saya 'move on' lagi pun perkara telah selesai. Sekarang fokus untuk mencari rezeki. Niat saya buat laporan bukan untuk dia dihukum, dan berikan hukuman itu bukan urusan saya," katanya.
Katanya, jadi selepas beri keterangan,beliau menganggap perkara itu setelah selesai.
"Anggap tugas saya telah selesai. Sama ada dia bebas atau tidak, itu terpulang," katanya.

Reviewed by Tular Lagi
on
8:37 PM
Rating:
No comments: