Like us for get Notifications

Doakan... Anis Fatihah Ditemui Selamat,Remaja Hilang Sejak 3.20 Pagi , Hanya Kasut Kiri Ditemui


Kelantan : Pelajar tingkatan dua hilang ketika menyertai Perkhemahan Ramaja Unggul di Sungai Chiling, Pertak, di sini, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata pihaknya menerima panggilan awam kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada 3.20 pagi.
Katanya, enam pegawai dan anggota dikerahkan bagi operasi mencari mangsa.
"Gerakan mencari dan menyelamat bermula 3.40 pagi. Kita melakukan pencarian di kawasan sekitar tapak perkhemahan terbabit.
"Namun, sehingga kira-kira 11 pagi, dia masih belum ditemui. Gerakan mencari diperluaskan termasuk dengan memohon Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).
“Selain itu, unit penyelam bagi bantuan menyelam di dua lubuk air terjun Sungai Chiling, turut dipanggil.
“Ini berikutan penemuan kasut sebelah kiri dipercayai milik mangsa d isekitar kawasan terbabit," katanya.
Menurutnya, pihaknya difahamkan terdapat 47 pelajar menyertai perkhemahan anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak terbabit.
"Pihak pengurusan perkhemahan terbabit sudah memaklumkan kejadian itu kepada anggota keluarga mangsa dan mereka juga sudah berada di lokasi," katanya.
Doakan... Anis Fatihah Ditemui Selamat,Remaja Hilang Sejak 3.20 Pagi , Hanya Kasut Kiri Ditemui Doakan... Anis Fatihah Ditemui Selamat,Remaja  Hilang Sejak 3.20 Pagi , Hanya Kasut Kiri  Ditemui Reviewed by Mad Pikghie on 12:37 PM Rating: 5
Powered by Blogger.