Rumah Tangga Adi Putra Bersama Isteri Kedua Didakwa Bermasalah?
Baru-baru ini kita tersenyum gembira buat Adi Putra yang khabarnya bakal menimang cahaya mata bersama isteri keduanya, Norshahida. Bahkan Adi juga memberitahu beliau sudah berdebar menanti kelahiran anaknya nanti.
Namun, terkejut kami mendengar satu khabar angin mengatakan Norshahida sebenarnya keguguran ketika usia kandungan beliau mencecah lima minggu. Walaubagaimanapun, perkara ini dirahsiakan sedangkan keguguran itu berlaku beberapa bulan lalu.
Menurut sumber berkenaan kepada Raja Mawar menerusi sebuah ruangan di Bipop, rumah tangga Adi dan Norshahida juga sedang bergolak tetapi tidak pasti apakah punca utama masalah mereka berdua.
Hmmph, jika berita ini benar, kami harap Adi Putra dan Norshahida dapat menempuhi ujian didalam rumah tangga mereka dengan tabah. Soal jodoh dan zuriat semuanya terletak di tangan Tuhan. Harapnya tuan empunya badan dapat tampil untuk menjelaskan perkara sebenar juga agar tiada spekulasi liar yang tercetus.
Rumah Tangga Adi Putra Bersama Isteri Kedua Didakwa Bermasalah?
Reviewed by Tular Lagi
on
12:50 PM
Rating:
No comments: