Wanita Mengandung Jangan Upload Gambar Dalam Media Sosial Ada Orang Memerhati Anda(Pean Pada Isteri Anda)
PUTRAJAYA - Selepas pedofilia, kini timbul pula ancaman serupa namun ia mensasarkan golongan wanita mengandung. Kerap kali kita melihat wanita-wanita mengandung memuat naik gambar 'baby bump' di media sosial, namun tidak menyedari bahawa ada golongan Maiesiophilia sedang 'memerhati'.
Menurut laman Wikipedia, Maiesiophilia adalah gangguan seksual yang berupa ghairah seksual terhadap wanita-wanita mengandung. Golongan ini mudah tertarik pada wanita mengandung meskipun hanya sekadar melihat gambar sahaja yang membuatkan mereka berfantasi secara melampau.
"Beberapa tahun lalu, kawan saya yang sedang mengandung memuat naik gambarnya memakai jubah menutup aurat apa semua, sebab normal dan happy seperti orang biasa.
"Kemudian kawan dia pula terjumpa gambar dia di dalam sebuah laman Facebook 'Wanita Mengandung' (page Melayu). Tetapi semua komen-komen di ruangan komen gambar itu semuanya komen lucah dari netizen lelaki.
"Dia tidak tahu siapa musuh dalam selimut telah mencuri gambarnya itu. Dia terus minta orang ramai melaporkan laman Facebook itu dan block," kata Bahia Khalid.
Perempuan mengandung nampak seksi di mata lelaki. Jadi, elakkan muat naik gambar-gambar sedemikian. - The Reporter
Wanita Mengandung Jangan Upload Gambar Dalam Media Sosial Ada Orang Memerhati Anda(Pean Pada Isteri Anda)
Reviewed by Tular Lagi
on
12:00 PM
Rating:
No comments: