Like us for get Notifications

Hilang Ketika Azan ,Siti Nurdarwisyah Ditemui Tersangkut Dicelah Pokok dibawa arus Banjir - AL FATIHAH



Pekan: Bayi 20 bulan ditemui lemas dipercayai terjatuh dalam air banjir berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini.
Bayi berkenaan, Siti Nurdarwisyah Abdul Rahman ditemui tersangkut di celah pokok dalam air sedalam satu meter, pada 7.22 petang, Sabtu, 28 Januari.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek, berkata bapa tiri bayi itu, Muhammad Firdaus Sazali, 24, menyedari anaknya tidak berada di dalam rumah ketika azan Maghrib berkumandang.
Menurutnya, Muhammad Firdaus kemudiannya meminta bantuan jiran untuk mencari.
"Jirannya kemudian yang menemui bayi itu tersangkut di celah pokok di dalam air bah. Mereka kemudian menghantar bayi itu ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini.
Bagaimanapun, katanya, bayi berkenaan yang juga mangsa pertama banjir di Pahang, disahkan meninggal dunia hospital berkenaan, pada 9.17 malam tadi.
Hilang Ketika Azan ,Siti Nurdarwisyah Ditemui Tersangkut Dicelah Pokok dibawa arus Banjir - AL FATIHAH Hilang Ketika Azan ,Siti Nurdarwisyah Ditemui Tersangkut Dicelah Pokok dibawa arus Banjir - AL FATIHAH Reviewed by Mad Pikghie on 8:25 AM Rating: 5
Powered by Blogger.