Rusuk Kiri,Kanan Ditikam Samurai ,Isteri Maut Akibat Tolak Hubungan Intim Suami...KEJAM



Kejamnya suami...
Semporna: Seorang wanita maut selepas ditetak dan ditikam dengan pedang samurai oleh suaminya apabila mangsa menolak untuk melakukan perhubungan intim dalam kejadian di Kampung Pinggir Bakau, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Norminah Bollok, 38, parah ditikam rusuk kanan dan kiri serta ditetak di tangan kanan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata, siasatan mendapati sebaik suspek terjaga dari tidur di ruang tamu, dia ke bilik tidur isterinya.
"Suspek kemudian mahu bermesra tetapi mangsa enggan sehingga berlaku pertengkaran mulut.
"Ketika itu, suspek mengambil pedang samurai lalu menetak tangan kanan isterinya. Suspek juga menikam sebanyak tiga kali di rusuk kanan dan kiri, lalu mangsa rebah sebelum suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Peter berkata, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Semporna dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Polis kini sedang giat memburu suspek berusia 50 tahun.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan berkahwin pada 1991 dan mempunyai lapan anak.
Rusuk Kiri,Kanan Ditikam Samurai ,Isteri Maut Akibat Tolak Hubungan Intim Suami...KEJAM Rusuk Kiri,Kanan Ditikam Samurai ,Isteri Maut Akibat Tolak Hubungan Intim Suami...KEJAM Reviewed by Mad Pikghie on 10:18 PM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.