Inilah Sebab Wanita ini Dikencing Suaminya Dan diheret Keluar Rumah Kejam!!!
KULIM - Seorang isteri yang hamil tiga
bulan dibelasah dan dikencing suaminya gara-gara menegur lelaki itu
tidak membelikan makanan, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian di kediaman pasangan
berkenaan, suspek berusia 34 tahun melakukan perbuatan kejam itu pada
malam Selasa lalu dan mengheret mangsa ke luar jalan raya pada keesokan
harinya.
"Pertengkaran itu bertukar menjadi
ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahan lalu menarik rambut isteri
dan menendang perutnya menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.
"Tidak cukup dengan itu, suspek
memukul isterinya beberapa minit menyebabkan wanita itu sukar bernafas,"
lapor akhbar itu memetik sumber.
Penderitaan mangsa tidak berakhir di
situ apabila suspek sekali lagi mengamuk dan membelasah mangsa pada hari
berkutnya serta mengheretnya ke luar rumah sehingga ke jalan raya.
"Lebih teruk lagi, suspek tergamak kencing ke badan isterinya dan mengheret mangsa ke luar rumah.
"Mangsa cuba merayu namun tidak diendahkan oleh suspek yang terus memukulnya selama beberapa minit sebelum beredar," katanya.
Mangsa yang serang dipukul suaminya itu akhirnya nekad membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. - The Reporter
Inilah Sebab Wanita ini Dikencing Suaminya Dan diheret Keluar Rumah Kejam!!!
Reviewed by Tular Lagi
on
4:28 PM
Rating:
![Inilah Sebab Wanita ini Dikencing Suaminya Dan diheret Keluar Rumah Kejam!!!](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW7GHl2tWGmSDd15DPOJ4N_QXc0w1mYAAS_y-OieGzVCR2iD6fyGpfynCYXYQXqfEx7A0QYrL8oQ0hvroNJ7eLba4bXC3EMCSH60RN1sN4noSmdU36gpBjKi7GO0ZkdgvPG7PyomMvBs1X/s72-c/3.png)
No comments: