Like us for get Notifications

Pertama Kali Tengok Orang Komplen Nurses Pass Over Macam Ni '' - Bel Nawhen





Penghujung tahun 2016..

Pertama kali tengok orang komplen nurses pass over macam ni..

---

Passing over report kepada staff shiff seterusnya merupakan satu standard procedure yang dilakukan oleh Jururawat. Dan ia bertujuan untuk ;

1) Memaklumkan tentang pesakit dan penyakit yang dihidapinya serta sebab kemasukan ke wad.

2) Mengemaskini perancangan perawatan yang telah dijalankan atau masih pending untuk dijalankan ke next shif.

3) Passing over bed to bed adalah digalakkan kerana sekurang-kurangnya Jururawat serta runner dapat mengenalpasti pesakitnya dengan betul supaya tidak berlaku misscommunication antara mereka.

4) Memastikan pesakit "keep rest in bed" sebab tak semua pesakit suka untuk hanya stay kat katil masing-masing. Pergi melawat kawan mereka yang juga pesakit di wad di katil-katil belakang. Suka merayau ke sana ke mari tanpa memaklumkan kepada jururawat.

So bila passover kat katil depan pesakit jururawat yang menerima report akan pasti bahawa pesakit itu ada dan tak hilang. Kalau pesakit tiada di katil dan nurses yang passover tak tahu di mana pesakit, selagi itu nurses yang passover tak akan BOLEH passover report. Cari lah keliling ward keliling hosp dulu sampai jumpa.

Sebab apa?

Sebab kalau pesakit hilang atau lari, nurses yang akan dipertanggungjawabkan.. Dah hilang satu hal, then kena pula inform balai polis yang berhampiran dan prepare semua dokumentasi pula. 😥

5) Nurses yang bertanggungjawab adalah nurses yang menjaga pesakit dengan betul dan komited. Nak passover kat rakan sekerja, sudah pasti kena pastikan apa-apa rawatan/ mesin / medical devices yang ada pada pesakit intact. Kalau dah passover kat rakan, pesakit perlukan cardiac monitoring , tetapi hampeh cardiac monitoring pun bersepah kat sebelah tanpa ON pun, buat apa? Kata ada canulla tetapi tengok kat tangan pesakit kosong camne?

So itu lah perlunya Nurses passover di hadapan katil pesakit. Nurses yang menerima report akan melihat sendiri segala perawatan ke atas pesakit.

6) Kalau boleh, kami nurses ni pagi-pagi nak kena kejutkan pesakit yang sedang tidur untuk sesi meet and greet ala2 pramugari memperkenalkan diri bahawasanya kami lah staff yang bertugas pada shift tersebut yang telah bersiap sedia mengambil alih tugas daripada rakan sekerja, apa-apa masalah boleh bertanyakan kpd kami.

TETAPI kami pun ada sifat kasihankan pesakit yang tengah seronok melayan mimpi. So kami tak kejut. At least pesakit ada depan mata kami dah cukup.

Bukan tidak ada pesakit yang marah apabila kami ambil observation jam 12MN dan jam 4am. Mereka nak berehat katanya. Acane tu?

---

P/S ; Mengambil gambar di premis kesihatan adalah salah sama sekali kak.

Notakaki;

Mungkin lepas ni boleh pertimbangkan 'idea' passing over bed to bed ke passing over di kaunter yang menjadi 'larangan' sesetengah pihak tu.. Pesakit nak rehat oiii...
 
Bel Nawhen | Beritapantas92
Pertama Kali Tengok Orang Komplen Nurses Pass Over Macam Ni '' - Bel Nawhen Pertama Kali Tengok Orang Komplen Nurses Pass Over Macam Ni '' - Bel Nawhen Reviewed by Tular Lagi on 6:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.