Like us for get Notifications

Siapa Syakilla Dlm 7 Hari Mencintaiku ? Ini Biodata Lengkap Yg Buat Ramai TERKEJUT !!!|

Siapa Syakilla Dlm 7 Hari Mencintaiku ? Ini Biodata Lengkap Yg Buat Ramai TERKEJUT !!!| Biodata Faye Kusairi Watak Syakilla Dalam 7 Hari Mencintaiku. Siapakah sebenarnya Syakilla watak drama 7 Hari Mencintaiku. Pasti ramai diantara kita belum mengetahui serba sedikit tentang Syakilla.
Biodata Faye Kusairi
Nama Penuh : Dayangku Faratiwan Adnil Bt Awg Kusairi
Nama Timangan : Faye Kusairi
Tarikh Lahir : 19 June 1987
Umur: 29 Tahun (2016)
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Kerjaya : Pengacara/ Pelakon
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Antara Drama yang dibintangi oleh Syakilla selain 7 Hari Mencintaiku :
Ammara Batrissya,
Misiku Kuza 2,
Aku Isterinya,
Istikarah Cinta,
Andai Bumi Tulip Takdirku,
Eksperimen Cinta,
Dhia Sofea,
Tersuka Tanpa Sengaja,
Sekali Aku Jatuh Cinta,
Pujaan Hati Umi
Dugaan Sepanjang Jadi Artis
Difitnah Rakan Rumah Pernah Diserbu JAIS (Sumber ROTIKAYA)
Pelakon, Faye Kusairi meluahkan rasa terkilannya terhadap kecuaian pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menceroboh rumah keluarganya baru-baru ini. Malah beliau juga rasa teraniaya apabila ada pihak membuat laporan palsu hingga rumah keluarganya diserbu Ahad lalu.
“Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini. Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung”
“Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi. Saya ada hak untuk mengetahui siapakah pengadu itu kerana saya juga risau akan keselamatan saya,” katanya kepada Berita Harian Online.
Tegasnya lagi, apa yang lebih merisaukan adalah individu terbabit mengatahui kelima kereta miliknya dan keluarga sehingga membuatkan beliau takut untuk keluar rumah. Dengan itu, beliau telah membuat keputusan untuk membuat satu lagi laporan berkaitan dengan keselamatan diri. (rkty/w)

Pernah Difitnah Sebagai Punca Penceraian Elly Mazlein (Sumber ROTIKAYA)
ika sebelum ini Elly Mazlien pernah mengeluarkan satu kenyataan mengaitkan seorang pelakon muda, Faye Kusairi sebagai punca penceraian beliau dan bekas suami, Azmi Hatta. Terbaru, Faye menafikan sekerasnya tuduhan itu serta meminta Elly untuk tampil menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepadanya.
“Dia tidak meminta maaf pun dan tidak menjawab permintaan saya itu, tetapi apabila dia cakap tidak menuduh siapa-siapa maksudnya saya bukanlah puncanya”
“Niat saya cuma ingin melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat dan menegakkan kebenaran yang saya bukan punca kes cerainya itu. Hal lain pula, anda perlu bertanya dengan peguam saya. Buat masa ini, saya belum ada masa untuk berjumpa atau berbincang dengan peguam lagi. Saya akan fikirkannya nanti,” katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, tambahnya lagi keadaan Elly yang sedang sedih dan tertekan setelah apa yang berlaku, lebih-lebih lagi didalam tempoh berpantang mungkin membuatkannya senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga menuduhnya sebagai punca penceraian mereka.
Faye didalam kenyataan yang sama turut memberi tempoh selama dua bulan kepada Elly untuk menarik balik tuduhan yang dianggap sebagai fitnah kepadanya. Namun jika Elly gagal berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.
Sementara itu apabila ditanyakan sejauh mana hubungan yang terjalin diantara beliau dan Azmi, Faye menjawab bahawa ia hanyalah sekadar hubungan profesional diantara seorang pelakon dan seorang pengarah di lokasi penggambaran drama dan tidak lebih daripada itu. (rkty/w)





Siapa Syakilla Dlm 7 Hari Mencintaiku ? Ini Biodata Lengkap Yg Buat Ramai TERKEJUT !!!| Siapa Syakilla Dlm 7 Hari Mencintaiku ? Ini Biodata Lengkap Yg Buat Ramai TERKEJUT !!!| Reviewed by Tular Lagi on 8:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.