Like us for get Notifications

Kasih Terlerai Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres

"Kasih terlerai"

Marang: Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres akibat terjatuh selepas motosikal ditunggangi terbabas dalam kemalangan di Kampung Rhu Rendang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.20 petang, Amira Farhana Abdul Rahman, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Azmi Safuan Ahmad, 23, berkata, walaupun kehilangan tunangnya secara mengejut, dia reda dengan ketentuan Allah.

Menurutnya, dia dan pasangannya yang juga bekas Setiausaha Kerja Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan bertunang sembilan bulan lalu sebelum merancang bernikah Mac tahun depan.

"Kami sepatutnya bersama hari ini (semalam) untuk mengendalikan program bersama anak yatim di Asrama Anak Yatim Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Batu Rakit, Kuala Nerus, tetapi Allah lebih menyayanginya dan menjemputnya terlebih dulu," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, di sini, awal pagi semalam.

Katanya, kali terakhir dia menghubungi tunangnya pagi kelmarin untuk memberitahu bahawa dia tiba di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu jam 5.30 pagi.

"Saya pulang ke Kuala Terengganu kerana mahu bersama arwah menyertai program bersama anak yatim sebagai tanda sokongan. Ketika menghubunginya waktu itu, arwah memberitahunya dia letih dan mengantuk kerana tidak tidur disebabkan menyelesaikan banyak tugasan universiti.

"Ketika itu, saya tidak menyangka perbualan kami adalah yang terakhir sebelum dia pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya," katanya.

Amira yang juga penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) aktif dalam program kemasyarakatan anjuran PERMATA dan kerajaan negeri.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal ditungganginya terbabas dan terjatuh sebelum digilis bas ekspres ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Kampung Rhu Rendang 15 kilometer dari Kuala Terengganu," katanya.

Kasih Terlerai Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres Kasih Terlerai Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres Reviewed by Tular Lagi on 9:48 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.