Neelofa, Fattah Amin Sahkan Hubungan Sudah Berakhir....
Jika anda peminat fanatik Neelofa dan juga Fattah Amin, ini merupakan berita sedih buat anda kerana jangan mimpi pasangan pujaan anda ini akan bersama satu hari nanti. Perkara ini disahkan sendiri oleh Lofattah ini.
Melalui perkongsian Fattah Amin di Instagram, dia menjelaskan bahawa lagu Wanita Terakhir diilhamkan berdasarkan kisah cinta beliau (merujuk kepada Neelofa) pada satu ketika dahulu. Tambahnya lagi, soal jodoh dan rezeki adalah ketentuan dari-Nya.
“Saya juga ingin sampaikan nukilan hati saya yang bahawa jodoh adalah di tangan Allah. Sesiapa juga yang bakal menjadi pilihan hati saya, yang paling penting buat saya ialah restu dan redha dari kedua ibu bapa saya”
“Saya cukup menghargai doa dari para peminat tentang jodoh saya, namun, buat masa ini, biarlah semua itu menjadi rahsia Allah kerana sesungguhnya semua itu adalah perancangan-Nya dan Dia lah yang paling tahu bilakah masa terbaik untuk saya,” katanya.
Apa yang pasti, pelbagai reaksi berbeza ditinggalkan oleh peminat terhadap keputusan Fattah dan Neelofa ini. Namun sedarlah wahai peminat, bangunlah dari fantasi. Biarlah idola anda ini meneruskan kehidupan mereka. Hidup jangan mudah dilambung drama, please.
Bagi yang ingin melayan jiwa nan lara, marilah berduka di atas perpisahan mereka dengan menonton video ini berulang kali.
Neelofa, Fattah Amin Sahkan Hubungan Sudah Berakhir....
Reviewed by Tular Lagi
on
10:04 PM
Rating:
No comments: