Like us for get Notifications

Che Ta Ditegur Kerana Bulu Mata Palsu




Sedang dramatis terkenal Rozita Che Wan menikmati bulan madunya bersama suami tercinta, Zain Saidin di Itali, masih ada lagi segelintir pihak yang gemar mencari kesalahannya.

Untuk pengetahuan anda, malam semalam Che Ta telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama Zain sedang berbaring di atas katil seakan bersedia untuk masuk tidur berserta caption Goodnite Rome.

Mungkin bagi sesetengah orang, ianya hanyalah sekadar gambar biasa buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Namun dalam banyak-banyak respon dari peminatnya yang memuji kecantikan dan kebahagiaan pasangan ini, Che Ta turut ditegur kerana memakai bulu mata palsu walaupun hendak tidur.

Kebanyakan mereka mempertikaikan obsesi Che Ta yang mahu kelihatan cantik setiap masa walaupun adakalanya tidak masuk akal dan tidak bersesuaian.

Meskipun begitu, masih ada juga yang cuba memberi kata-kata positif dengan mengatakan Che Ta nampak lebih jelita tanpa memakai bulu mata palsu.

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto Che Ta dan Zain yang sedang berbulan madu di destinasi pertama mereka, Rome.

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan – Informasi Dot My
Che Ta Ditegur Kerana Bulu Mata Palsu Che Ta Ditegur Kerana Bulu Mata Palsu Reviewed by Mohd fitri on 4:18 PM Rating: 5
Powered by Blogger.