Like us for get Notifications

miliki video lucah peniaga didakwa




AYER KER0H - Seorang peniaga jubah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan pemerasan dan memiliki gajet mengandungi video lucah.

Tertuduh, Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, membuat pengakuan itu selepas faham empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret, Syajaratudur Abd Rahman.

Irfan didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong Lizah Buang, 49, menyerahkan wang tunai RM10,000 di sebuah restoran di Bukit Beruang, Melaka Tengah kira-kira jam 12 tengah hari pada 20 November 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Irfan turut berhadapan pertuduhan memiliki komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah yang bertentangan kesopanan awam di sebuah hotel Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana, Melaka Tengah kira-kira jam 7.30 malam pada 30 November 2013.

Dia juga didakwa melakukan dua kesalahan sama dengan memiliki thumbdrive (pemacu jari) dan telefon bimbit jenama Samsung di sebuah stesen minyak di Jalan Panglima Awang, Melaka Tengah kira-kira jam 6.45 petang pada hari sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh dihukum denda maksima RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang merupakan warga asing.

“Saya membantah jaminan diberikan kepada tertuduh namun jumlah jaminan tinggi perlu diberikan jika mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, peguam bela, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad merayu anak guam mereka dijamin dengan kadar rendah dengan alasan menanggung isteri dan dua anak yang kini menetap di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan itu, Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan dua penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 7 Januari depan.
miliki video lucah peniaga didakwa miliki video lucah peniaga didakwa Reviewed by Mad Pikghie on 12:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.