Like us for get Notifications

Cuba membunuh anak berusia 2 bulan dengan jarum "



Beijing: Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki kerana cuba membunuh anak perempuannya.

Mahkamah di Heilongjiang mendapati Yin Zhihe bersalah atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya berusia dua bulan dengan mencucuk jarum jahit ke tubuh bayi itu, lapor agensi berita Xinhua.
Yin dipercayai cuba membunuh bayi itu kerana mengesyaki mangsa bukan anaknya. 
Yin mencucuk jarum ke sangkar rusuk bayi itu pada 4 Ogos lalu.
Keesokan harinya, tangisan bayi itu mendorong ibunya membawa dia ke hospital, di mana jarum berkenaan ditemui dan dibuang melalui pembedahan. 
Bagaimanapun, Yin mencucuk tiga lagi jarum di dada, pusat dan perut bayi itu. Kesemua jarum berkenaan dicabut menerusi pembedahan tetapi menyebabkan kegagalan pernafasan dan kecederaan pada organ bayi malang itu. 

Mahkamah mengurangkan hukuman terhadap Yin kerana dia menyerah diri kepada polis, manakala bayinya terselamat.

Sementara itu, ujian DNA menunjukkan Yin ialah bapa kandung kepada bayi perempuan terbabit.
Cuba membunuh anak berusia 2 bulan dengan jarum " Cuba membunuh anak berusia 2 bulan  dengan jarum " Reviewed by Tular Lagi on 7:29 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.