Like us for get Notifications

Meadow, meraikan Krismas tanpa Paul Walker"



KEMATIAN mengejut aktor Paul Walker sememangnya memberi kesan mendalam terhadap anak perempuannya, Meadow Walker.

Ini kerana buat pertama kalinya, Meadow, 15, telah meraikan Krismas tanpa bapa tersayang.

Menurut sumber, Meadow berasa sedih dan kesunyian yang teramat sangat sejak pemergian bapanya itu.

Justeru, dia merasakan sambutan Krismas selepas ini tidak akan sama tanpa kehadiran Paul.

"Meadow memang sudah mula rapat dengan bapanya. Krismas tidak akan sama selepas ini. Dia benar-benar kelihatan sedih," ungkap sumber tersebut.

Meadow bahkan tidak mengharapkan apa-apa pun pada sambutan Krismas tahun ini.

Jika ada yang ingin memberikannya hadiah, dia memilih untuk menyumbangkan hadiah tersebut kepada projek amal bapanya iaitu Reach Out Worldwide.

Paul bersama rakannya, Roger Rodas telah menemui ajal pada 30 November lepas akibat kemalangan jalan raya tragis di California.

Meadow, meraikan Krismas tanpa Paul Walker" Meadow,  meraikan Krismas tanpa Paul Walker" Reviewed by Tular Lagi on 7:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.