Like us for get Notifications

2 POLIS BERPANGKAT PEGAWAI DIDAKWA MEROGOL

gambar hiasan



















Brisbane: Dua pegawai polis Australia semalam didakwa merogol seorang wanita ketika bertugas dalam kes yang disifatkan Pesuruhjaya Polis Queensland, Ian Stewart, sebagai tamparan kepada reputasi pasukan itu. 


Kedua-dua pegawai, berusia 28 dan 29 tahun, setiap seorang didakwa dengan lima kesalahan rogol, satu kesalahan menyerang dengan niat merogol dan menghalang kebebasan.
Tiada rayuan 

Mereka tidak mengemukakan sebarang rayuan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Mackay pagi semalam, dengan kedua-duanya dibenarkan ikat jamin. 

Mereka didakwa merogol wanita itu di Mackay, 970 kilometer ke utara Brisbane, pagi Ahad lalu. Beliau memfailkan aduan keesokan hari yang mencetuskan siasatan dalaman.

Stewart berkata, kedua-duanya ditahan petang kelmarin dan digantung kerja.

“Saya tidak boleh memberi komen mengenai perkara ini sebelum mahkamah membuat keputusan. Kami bekerja dalam masyarakat yang mengutamakan persetujuan dan sokongan komuniti. 
2 POLIS BERPANGKAT PEGAWAI DIDAKWA MEROGOL 2 POLIS BERPANGKAT PEGAWAI DIDAKWA MEROGOL Reviewed by Tular Lagi on 12:34 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.