Like us for get Notifications

Kami Temui Kotak Hitam - Pemimpin Puak Pemisah

Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas. - Foto NBC.


DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa.

"Serpihan daripada pesawat yang dilihat seperti kotak hitam ditemui di tapak nahas," kata Alexander Borodai, yang mendakwa dirinya sebagai perdana menteri Republik Donestk sambil menambah mereka akan memberikan barangan berkenaan kepada pakar antarabangsa yang dilantik sebaik sahaja mereka tiba.

Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba.



"Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut," katanya.
Kami Temui Kotak Hitam - Pemimpin Puak Pemisah Kami Temui Kotak Hitam - Pemimpin Puak Pemisah Reviewed by Mad Pikghie on 7:17 AM Rating: 5
Powered by Blogger.