Like us for get Notifications

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sambut Syawal Di Mekah

Syamsul dan Sarah kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah selain ingin mendapatkan keberkatan 10 Ramadan terakhir di sana.

PETALING JAYA: Pengarah filem Syamsul Yusof, 30, bakal menyamput Aidilfitri bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana, 29, di Mekah dan telah bertolak ke tanah suci itu pada 18 Julai lalu menerusi penerbangan Saudi Airlines.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pasangan itu bertolak awal kerana ingin menunaikan Umrah selain ingin merasai 10 Ramadan terakhir di sana.

"Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.

"Sudah alang-alang, mereka juga akan menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana yang berara di Mekah pula," katanya kepada mStar Online.

Datin Patimah Ismail

Bagaimanapun, Datin Patimah berkata dia berasa sedih kerana tahun ini hanya seorang menantunya sahaja iaitu Aeishah Zainal iaitu isteri kepada Syafiq yang ada bersama mereka.

"Ingatkan tahun ini seronoklah sambutan raya kami kerana kehadiran dua menantu dalam keluarga tetapi Sarah dan Syamsul pula tiada.

"Sebagai ibu, pastinya saya berasa sedih, tetapi dalam masa sama tetap gembira dengan keputusan yang mereka buat itu dalam menjadi seorang umat Islam yang lebih baik.

"Jadi kami sekeluarga hanya menyambut Hari Raya ala kadar sahaja. Mujurlah Syafiq dan isteri bersama kami," ujarnya.

Tambah Datin Patimah, Syamsul dan Sarah hanya akan pulang ke tanah air pada sambutan Aidilfitri yang kelima ini. | mstar
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sambut Syawal Di Mekah Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sambut Syawal Di Mekah Reviewed by Mad Pikghie on 7:35 AM Rating: 5
Powered by Blogger.