Like us for get Notifications

Siti Nurhaliza tiru kening ala Princess Elsa



ARTIS tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza dikatakan sedang cuba meniru rupa kening watak Princess Elsa dalam filem Frozen terbitan Disney.

Wajah Siti dengan kening yang hampir sama itu dimuatnaik di laman Instagram beliau ‘ctdk’ dengan kapsyen menarik yang mencuit hati peminat-peminatnya.

“Saya tengah cuba tiru kening Princess Elsa,” kata Siti.



Di dalam gambar itu, Siti memakai tudung putih dan menggayakan riak wajahnya seperti Princess Elsa. Tidak dinafikan kelihatan wajah Siti agak serupa dan seiras dengan watak animasi itu.

Rata-rata peminat Siti mengakui yang gaya artis itu, memang serupa seperti watak Princess Elsa.

Tidak kurang juga yang tertawa dengan aksi Siti yang begitu beriya-iya mahu meniru gaya kening Princess Elsa.



Gambar itu dikongsi Siti kira-kira dua bulan lepas dan beliau turut memuatnaik gambarnya bersama suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di hadapan poster filem Frozen. – MYARTiS
Siti Nurhaliza tiru kening ala Princess Elsa Siti Nurhaliza tiru kening ala Princess Elsa Reviewed by Tular Lagi on 7:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.