Like us for get Notifications

Bekas Mahasiswa Universiti Maut Terjun Pusat Beli-Belah



KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar universiti tempatan yang menghadapi masalah mental maut selepas terjun dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar di ibunegara semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata ketika kejadian, Alif Alexandre Faizal Weber, 26, kelihatan bersama ibunya sebelum bertindak terjun dari pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.

"Menurut dua saksi kejadian yang merupakan kakitangan pusat itu, mereka cuba membantu ibu si mati untuk menahan Alif daripada terjun tetapi gagal," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Azlee berkata lelaki itu mempunyai masalah mental sejak setahun lepas dan masih dalam rawatan.

"Alif juga berhenti belajar pada tahun kedua kerana masalah mental. Si mati tidak bekerja dan sentiasa menghabiskan masa dengan bersenam sambil diiringi ibu," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. #sumber
Bekas Mahasiswa Universiti Maut Terjun Pusat Beli-Belah Bekas Mahasiswa Universiti Maut Terjun Pusat Beli-Belah Reviewed by Tular Lagi on 4:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.