Ada Sebab Saya Rahsiakan Perkahwinan Saya | Dato’ Ramli MS
Pengarah muzik terkenal, Dato` Ramli MS mempunyai sebab utama mengapa merahsiakan perkahwinannya bersama penyanyi Alyah. Namun tidak menolak merasa kesal kerana serbuan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas rumahnya telah digembar-gemburkan seolah-olah dilihat sebagai satu jenayah.
“Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?” katanya seperti dipetik menerusi Harian Metro.
Pagi semalam Rumah kediaman bekas pengetua Akademi Fantasia itu di Bandar Kinrara, Puchong, telah diserbu oleh pihak JAIS awal pagi semalam kerana dia disyaki berkhalwat dengan penyanyi Alyah.
Menurut Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh, 54, dia sudah berkahwin dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, pada Mac tahun lalu di Batam, Indonesia tetapi enggan menyatakan sebab mereka merahsiakan pernikahan itu.
“Kenapa saya tak mengaku kahwin sebelum ini, ada sebabnya. Saya tak mahu cakap kerana itu hak peribadi saya. Saya tak tahulah apa tanggapan orang di luar sana,” katanya lagi.
Rumah banglo mewah tersebut adalah merupakan rumah baru bagi Ramli dan dia dikhabarkan akan berpindah masuk ke rumah itu sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Mengulas pula mengenai serbuan pihak JAIS ke atas rumahnya, Ramli memberitahu itu adalah prosedur biasa yang dilakukan bahagian penguat kuasa berikutan aduan yang mereka terima.
“Saya faham JAIS hanya menjalankan tugas mereka. Saya tidak marah malah mempelawa mereka masuk ke rumah saya. Rumah itu bukan rumah maksiat tetapi rumah baru saya,” kata Ramli lagi.
Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya berkata pasangan Ramli MS dan Alyah akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini, 2 September untuk penelitian.
Sumber dari JAIS turut memberitahu ketika serbuan dibuat, dokumen asal pernikahan mereka di Batam tiada dalam simpanan waktu itu, justeru JAIS memberi tempoh sehingga 2 September ini untuk mereka mengemukakan dokumen asal di pejabat JAIS.
Ada Sebab Saya Rahsiakan Perkahwinan Saya | Dato’ Ramli MS
Reviewed by Tular Lagi
on
7:29 PM
Rating:
No comments: