Pemain bola sepak skuad Piala Presiden JDT maut dalam kemalangan
Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 43.5, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Shahrul Anwar Md. Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md. Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd. Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.
"Md. Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd. Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahrul Anwar berkata, Md. Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan di sini.
Tambahnya, rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.
Pemain bola sepak skuad Piala Presiden JDT maut dalam kemalangan
Reviewed by Tular Lagi
on
6:51 PM
Rating:
No comments: