Antara kisah-kisah yang sempat dikongsi oleh rakan-rakan anak kapal yang menjadi mangsa tragedi pesawat #MH17 :(
Nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu memberi impak yang amat besar kepada semua masyarakat dunia. Paling terkesan dengan insiden ini adalah anak-anak kapal Malaysia Airlines yang masih berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut.
Antara yang sempat kami temubual adalah dua orang anak kapal MAS yang begitu rapat dengan dua mangsa nahas yang ditugaskan di dalam pesawat malang itu.
Halim atau lebih dikenali dengan nama Ken Herai menceritakan pengalaman bertugas bersama sahabatnya, MendiangAngeline Premila Rajandaran, pramugari yang terlibat dalam nahas itu.
“Gambar yang anda lihat di sini adalah gambar terakhir yang kami ambil di Amsterdam bulan lalu. Angie yang ambil gambar tu. Saya yakin dia masih menyimpan gambar itu di telefon bimbitnya,” ketika menceritakan tentang gambar yang dikongsikan bersama kami.
“Gambar Angie dengan patung pramugari KLM itu saya ambil. Sedih rasa hati bila tengok semula gambar itu semula,” ujar Ken lagi.
Ketika berkongsi gambar Angeline sedang mengigit medal, Ken ada cerita mengenai gambar itu. “Ketika kami ambil gambar ini, dia ada bertanya kepada saya kenapa nak gigit medal itu? Saya cuma jawab, berlakon saja jadi juara dan dia dengan cukup sporting beraksi di depan kamera saya.”
“Angeline adalah ‘juara’ di hati kami semua. Dia merupakan seorang rakan sekerja yang saya rasa senang untuk kerja bersama. Lemah lembut, cakap pun sopan dan apa yang buat saya terkilan sedikit apabila Angie tak sempat memuatnaik gambar kami di akaun Instagram miliknya. Semoga dia tenang di alam sana,” kata Ken mengakhiri temubual ringkas bersama kami.
Sama seperti Ken Herai, Kar Mann juga ada cerita mengenai Allahyarham Nur Shazana binti Mohamed Salleh. Kar Mann merupakan insan terakhir yang diberi peluang menghantar Shazana ke lapangan terbang sebelum pesawat yang membawa pulang sahabat baiknya itu ditembak oleh pihak tidak berhati perut di ruang udara sempadan Rusia-Ukraine.
“Sebelum dia berlalu pergi, saya ada beritahu dia saya akan tunggu dia pulang kerana saya ada satu berita yang ingin saya beritahu padanya.” ujar Kar Mann mengenai detik-detik terakhir bersama Shazana.
Menurut Kar Mann lagi, mereka juga sempat berbual di aplikasi Whatsapp sebelum Shazana menaiki pesawat malang itu untuk pulang dari Amsterdam.
“Shazana seorang krew yang sangat rajin dan selalu buat orang gembira bila bersamanya. Saya yakin, penumpang-penumpang di dalam pesawat itu pastinya gembira dengan servis dan layanan yang diberikan oleh kawan baik saya ini,” cerita Kar Mann tentang Shazana.
“Kali terakhir kami makan bersama, Shazana dengan bermurah hati memberi tip kepada pelayan kedai makan itu. Kata Shaz, kita hidup tak lama, tak mengapalah asalkan orang lain boleh gembira.”
Kar Mann yang masih bersedih diatas pemergian sahabat baiknya turut menulis ucapan di akaun Facebook miliknya.
“Bestie, I know you're in a better place now. You are very kind and cool person. You do not judge. You always make people happy and laugh. You make me learn to be more contented in life. Because I always never contented. But when I'm with you I learn something from you. Being positive and contented always. You will always be remembered. We all love you a lot.”
Dan, apa yang paling menyentuh hati, apabila Kar Mann menulis, “That night…you told me not to leave. Why you leave me so sudden? Why?”
Semoga roh mangsa-mangsa nahas MH17 tenang di alam sana dan proses membawa pulang jenazah dapat dilaksanakan dengan mudah. #MengenangMH17
Antara kisah-kisah yang sempat dikongsi oleh rakan-rakan anak kapal yang menjadi mangsa tragedi pesawat #MH17 :(
Reviewed by Tular Lagi
on
11:30 AM
Rating:
..ingatkan ada kisah mistik ke,seram ke..apadaa..
ReplyDelete