Like us for get Notifications

Hattan cari wanita bertudung

hattanrujuk
SESIAPA gadis atau wanita bertudung dan pandai bercakap dialek Negeri Sembilan anda merupakan orang yang dicari-cari oleh Hattan.
Tapi jangan pula ingat Hattan nak tambah calon isteri pula.
Syed tertanya-tanya juga mengapa dia sibuk mencari gadis/wanita bertudung yang cantik manis, jawab Hattan semua itu sebagai persedian untuk projek filem akan datang.
“Kalau tak ada aral melintang memang saya sudah bersedia nak bikin filem Gadis Jolobu yang sama tajuk dengan lagu saya sebelum ini. Ini bukan projek main-main.
“Cuma yang jadi masalahnya nak mencari pelakon wanita yang akan jadi heroin dalam filem tersebut. Tak banyak pelakon yang ada hari ini mampu menguasai dialek Negeri Sembilan dan sebab itu juga kita kena cari sampai jumpa.
“Jika mengikut jadual bulan hadapan kita akan pusing satu Negeri Sembilan untuk mencari wanita baru yang boleh pegang watak ini. Orang biasa pun tak ada masalah asalkan dia cantik dan berbakat,” jelas Hattan lagi.
Elok itu sebab rasanya sudah lama tak ada filem yang dibuat untuk mengangkat budaya dan resam orang Negeri Sembilan. Paling tidak pun orang luar boleh belajar banyak perkara tentang itu.
Selain Hattan khabarnya nama Waris dan Ebby Yus juga akan menjadi tunjang utama filem Gadis Jolobu. Tentu ramai yang tak sabar nak tunggu filem ini di panggung nanti.
Syed: Takziah buat keluarga penumpang pesawat MH17 yang selamat dikebumikan tempoh hari. – Utusan
Hattan cari wanita bertudung Hattan cari wanita bertudung Reviewed by Mad Pikghie on 10:08 PM Rating: 5
Powered by Blogger.