Like us for get Notifications

Hans Isaac | Neelofa cemar maruah saya



Hans Isaac | Neelofa cemar maruah saya
 | Disaat pelakon dan pengacara, Neelofa dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan kerabat sebuah negeri di Pantai Timur, pelakon Hans Isaac pula terkejut apabila pengacara program MeleTOP itu telah mengeluarkan kenyataan yang hubungan mereka telah putus di tengah jalan walaupun mereka tidak pernah mengumumkan sedang menjalinkan cinta sebelum ini.

Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac mengakui tindakan Neelofa mengeluarkan kenyataan sebegitu sedikit menjejaskan imejnya yang sedia maklum mengendalikan syarikat dalam bidang korporat.
“Saya terkejut besar apabila dia keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami telah berakhir sedangkan kami telah capai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini.
“Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya,” ujar Hans Isaac kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya.
Hans Isaac | Neelofa cemar maruah saya  Hans Isaac | Neelofa cemar maruah saya Reviewed by Mad Pikghie on 1:38 PM Rating: 5
Powered by Blogger.