Like us for get Notifications

KANDUNGAN ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN ?

Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan melakukan kerja di rumah hingga berlaku pendarahan.

Menurut Zain, kejadian tersebut berlaku sekitar awal Ramadan lalu gara-gara isterinya membuat kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang hamil.



LAST CALL: Siapa lagi yang mahu jemputan eksklusif untuk menonton 'Lucy' esok?


"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja pada hari berkenaan.

Klik gambar untuk size besar

 



"Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.

"Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.

 

"Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak," ujar Zain dipetik sebagai berkata.

Habis kisah mengenai pendarahan, timbul pula cerita lain apabila isterinya sekarang gemar membebel tak tentu pasal. Namun Zain sedar bahawa perkara tersebut sebenarnya menjadi kebiasaan buat wanita mengandung.

"Saya pula jenis tak suka dia bising. Saya cuba menurut apa saja kehendaknya. Macam dia pernah mengadu sakit belakang sebab membawa perut, lalu saya dapatkan dia bantal khas yang dibeli secara dalam talian.

"Membebelnya menjadi jadi sebab saya pula jenis yang suka melengahkan kerja. Buat kerja bila disuruh saja dan dia saja kena ingatkan saya untuk buat itu ini. Pemandu dia lambat jemput pun mulalah membebel. Kesannya orang berdekatannya pun dibebelkannya.

"Emosinya sejak tujuh bulan mengandung ini terus terkawal. Tapi saya cuba untuk melayan saja emosinya," tambah Zain yang mengakui cukup teruja untuk menyambut kelahiran bayi perempuan dalam tempoh dua bulan lagi.

"Cuma selepas bergelar bapa segera kepada dua anaknya menerusi perkahwinan terdahulu, saya mahu buktikan sekalipun akan menyambut anak sendiri tak lama lagi tidak akan wujud perbezaan kasih sayang dengan mereka.

"Saya mahu adil dengan anak tiri dan sendiri. Cuma dalam menyambut kelahiran anak sulung ini saya mahupun isteri mahukan yang terbaik untuknya termasuklah memilih pusat perubatan yang selesa dan privasi untuk melahirkannya nanti.

"Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami tumpang gembira," katanya.


 sumber myartis
KANDUNGAN ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN ? KANDUNGAN ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN ? Reviewed by Tular Lagi on 8:13 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Kan che ta dah ada pengalaman sblm ni, confident sgt kot..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.