Like us for get Notifications

Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung ? ? ?





Antara benar atau tidak, menerusi gambar di laman instagram milik isteri pertama kepada Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman, ada status yang membuatkan ramai yang tertanya samada Dayana cuba menyatakan berita gembira walaupun masih kurang pasti kesahihannya. Status berkenaan dikongsi bersama gambar ketika Dayana dan Ashraf Muslim ke Mekah untuk menunaikan umrah 3 tahun lalu sebelum ketibaan Aidilfitri.



Kalau anda ingin memperbaiki diri anda, jomlah cuba 14 tips ini...[klik sini]



"Selamat tinggal Ramadhan =( Ya Allah..Izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah.. #Happy3rdAniversarysayang #satusyawal #throwbacktigatahunlepas Tq sayang @ashrafmuslim for being there through thick and thin.. Tq @wansakinah for understanding me n being the best ibu for Sarah Ashraf Tq ayah ,mak, mertua and my siblings for supporting me all this while..love u guys soo much.. Doakan Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ni..InsyaAllah..amiin.. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.."

Walaupun cuba menghubungi Ashraf Muslim sendiri, tapi tiada maklum balas yang diberikan. Mungkin status tersebut hanyalah berniat sebagai doa dan harapan daripada Dayana untuk menimang cahayamata sendiri. Kalau diamati gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Diyana, kemesraan dan kasih sayang yang diberikan kepada Wan Sakinah dan anak mereka Sarah Ashraf benar-benar membuktikan yang mereka semakin bahagia dan gembira. Yang menyentuh perasaan, ada gambar yang dimuatnaik oleh Dayana yang sedang mendukung bayi Sarah Ashraf dengan status:

“Raya ke-3 beraya di melaka.. melepaskan rindu dekat sarah ashraf with @wansakinah @ashrafmuslim”

Insyallah, jikalau ada rezeki, dan doa yang tak putus-putus dari keluarga, sahabat dan sesiapa yang mengikuti perkembangan keluarga Ashraf Muslim, impian Dayana sekeluarga bakal termakbul dan bolehlah dikongsikan dengan kami semua. Pasti ramai yang tak sabar untuk mendengar berita tersebut. Amin.


Kalau anda ingin memperbaiki diri anda, jomlah cuba 14 tips ini...[klik sini]
Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung ? ? ? Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung ? ? ? Reviewed by Tular Lagi on 9:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.