Like us for get Notifications

Anggota IS pancung kepala wartawan Perancis

Post Pic
  



ALGIERS: Anggota jihad berkaitan kumpulan Negara Islam (IS) memancung kepala wartawan Perancis yang diculik di Algeria, Herve Gourdel, yang ditunjukkan di dalam video yang dimuat naik secara online.

Namun Presiden Francois Hollande berjanji bahawa Perancis tidak akan tunduk pada ugutan itu.

Hollande berkata pembunuhan kejam Gourdel akan hanya meningkatkan lagi nekad Perancis untuk memperhebatkan serangan udara terhadap kumpulan militan itu di Iraq.

Lelaki 55 tahun itu diculik Ahad lalu oleh Jund al-Khilifa atau 'Askar Pemerintahan Khalifah' ketika sedang mengembara di taman negara yang pada satu masa dulu kawasan tumpuan pelancong tapi kini menjadi tempat persembunyian anggota militan berkenaan.

Tindakan memancung kepala Gourdel dilakukan berikutan keengganan Perancis untuk mematuhi kata dua 24- jam kumpulan terbabit supaya ia menghentikan serangan udara di Iraq - sebahagian daripada kempen diketuai Amerika Syarikat terhadap IS.

Kerajaan Hollande adalah yang pertama menyertai Washington dalam melakukan serangan udara terhadap anggota jihad itu.

"Perancis sedang menghadapi masalah selepas salah seorang warganya dibunuh, tapi Perancis tidak akan tunduk pada ugutan," tegasnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini. - AFP
Anggota IS pancung kepala wartawan Perancis Anggota IS pancung kepala wartawan Perancis Reviewed by Tular Lagi on 11:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.