Like us for get Notifications

Dua lagi kertas peperiksaan UPSR didakwa bocor


Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.

"Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, Ahad.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.

Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 Sept lepas.

Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor.

Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Dua lagi kertas peperiksaan UPSR didakwa bocor Dua lagi kertas peperiksaan UPSR didakwa bocor Reviewed by Mohd fitri on 8:05 PM Rating: 5
Powered by Blogger.