Semua terlibat Hudud di Aceh
Hukuman sebat turut dikenakan terhadap pesalah bukan Islam di Aceh. |
BANDA ACEH - Dewan Perwakilan Rakyat Aceh semalam bersepakat mengesahkan undang-undang jenayah Islam turut terpakai ke atas orang bukan Islam.
BBC Indonesia melaporkan, undang-undang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang disertai separuh daripada 69 orang wakil rakyat.
Jurucakap Parti Aceh, Muhammad Harun berkata, parti itu mahu rang undang-undang tersebut diluluskan secara sebulat suara.
“Kanun ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan syariat Islam secara menyeluruh tanpa pengecualian,” katanya.
Sementara itu menurut laporan Agensi, Pengarah Koalisi Hak Asasi Manusia Aceh, Zulfikar Muhammad berkata, pada prinsipnya tujuan penghukuman dalam Islam adalah untuk mengajak orang bertaubat atau kembali ke jalan ALLAH SWT.
“Tidak mungkin kita memaksa bukan Islam untuk bertaubat mengikut kepercayaan kita (Islam).
"Mereka punya cara bertaubat sendiri dan boleh melakukannya mengikut kepercayaan masing-masing,” katanya.
Semua terlibat Hudud di Aceh
Reviewed by Tular Lagi
on
10:17 AM
Rating:
No comments: