CERITA SEBENAR ULAR SAWA TELAN KANAK-KANAK
Kalau sebelum ini satu Malaysia kecoh dengan laporan palsu oleh seorang pelajar Politeknik yang mendakwa dia diculik bersama beberapa kanak-kanak dan nyaris dijual di negara jiran. Serta merta pihak polis melakukan tindakan sekatan jalan raya untuk mengesan penculik berkenaan.
Namun selepas didesak akhirnya gadis berkenaan mengaku membuat laporan palsu gara-gara tertekan tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ya, tindakan bodoh yang akhirnya menjerat diri sendiri. Harap beliau sudah insaf.
Terbaru, kita dikejutkan dengan penyebaran gambar dan berita kononnya ular sawa telah menelan budak. Sebenarnya, ada dua versi cerita. Pertama didakwa berlaku di Tualang, Perak. Dimana pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menafikan berita tersebut dan disahkan palsu.
Cerita sebenar disebalik penyebaran berita ular sawa telan budak di Tuaran Sabah – Kedua, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Tuaran, Sabah. Namun begitu, berita ini juga disahkan palsu dan tiada sebarang laporan berhubung kes tersebut. Mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, sebenarnya cerita ular sawa berkenaan direka oleh seorang lelaki untuk mengelakkannya daripada ditangkap kerana mencuri ikan.
“Terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular. Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit. Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap,” katanya.
Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular. Katanya, anggota bomba hanya membantu menurunkannya dari pokok. -mmohamad

Reviewed by Tular Lagi
on
2:30 PM
Rating:
No comments: