Like us for get Notifications

Inilah Rahsia Pasukan Pencari dan Penyelamat Kesan Pesawat QZ8501

Kapolri-Jenderal-Polisi-Sutarman-Mengungkapkan-Bahwa-Ada-Indikasi-Unjuk-Rasa-Saat-Pelantikan-Jokowi-JK


JAKARTA – Rahsia bagaimana pasukan pencari dan penyelamat berjaya mengesan lokasi terakhir pesawat QZ8501 terbongkar apabila Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutarman Paidi Pawiro mendedahkan ia dijejak hanya dengan berdasarkan isyarat telefon bimbit.



baca juga >> 
Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah - FAZURA



Dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat Mabes Polri atau Markas Besar Polis Republik Indonesia di sini hari ini, beliau menceritakan pasukan itu cuba mencari isyarat daripada telefon selular mangsa yang dapat dikesan menara Base Transciever Station (BTS).

BTS ialah stesen penerima isyarat selular darat yang biasanya terdapat di setiap ibu sawat menara telekomunikasi tempatan dan kemudian akan menghantar semula isyarat tersebut ke stesen lain yang berdekatan sama ada secara gelombang mikro atau gentian optik.

Terdapat lebih 23,000 menara BTS di semua 33 wilayah republik itu dengan paling banyak diuruskan firma milik pemerintah, Telkomsel iaitu 9,500 menara manakala baki ribuan BTS lain diurus oleh syarikat swasta tempatan iaitu Axiata XL, Indosat, HCPT dan Axis.

“Sejurus laporan pesawat AirAsia Indonesia itu hilang pagi Ahad, kami telah meminta semua waris menyenaraikan nombor telefon bimbit yang dibawa penumpang atau krew bagi memudahkan BTS mengesan gelombang isyarat selular mangsa,” kata Sutarman.
Inilah Rahsia Pasukan Pencari dan Penyelamat Kesan Pesawat QZ8501 Inilah Rahsia Pasukan Pencari dan Penyelamat Kesan Pesawat QZ8501 Reviewed by Tular Lagi on 5:45 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.